Saturday, 14 August 2021

Kisah Mak.

Ada beberapa pengorbanan mak yang jika aku ingat aku pasti mengalir air mata. 
Sejak dari umur 7 tahun aku tinggal diasrama. Ibu mana yang tak berat hati kan meninggalkan anak seusia itu tetapi mak aku kuat demi aku menuntut ilmu. 

Ayah dan mak akan hantar aku ke asrama pada setiap hari ahad pagi (sepatutnya kena p petang sabtu tapi aku degil). Dua minggu sekali aku akan pulang ke rumah. Minggu pertama aku di asrama mak pasti akan datang melawat aku pada hari khamis atau jumaat. Mak akan cuci segala baju aku yang perlu dicuci seperti kasut sekolah or baju sekolah. Ketika itu, aku tidak mengerti apa-apa. Yang aku tahu hanyalah seronok. Mak aku pergi sendiri naik bas. Bila dah dewasa aku terfikir sanggup mak aki mai melawat aku dengan menaiki bas, sudah tentu ayah tidak mahu menemani mak. Ayah sibuk? ada kerja? tak kan lah sampai setiap minggu kan padahal ayah aku kerja sendiri sahaja.  

Mak juga yang akan menjemput aku jika hari balik kampung. Mana ayah? mak seperti biasa hanya menaiki bas. Aku akan nampak mak dari kelas aku berjalan kaki menuju ke asrama aku. Mak datang tepat pada masa. Mak terlebih dahulu pergi mengemas baju-baju aku yang perlu dibawa balik utk dicuci sementara menunggu aku habis belajar. Setelah loceng berdering, laju aku berlari mendapatkan mak. Maka, sama-sama kami berjalan kaki, naik jejantas untuk menyeberangi jalan ke bus stop. Sekolah aku agak jauh dari jalan besar. Perasaan aku ketika itu hanyalah seronok kerana dapat pulang ke kampung. Aku hanya melihat kawan-kawan pulang menaiki kereta atau motorsikal bersama ibu bapa mereka. Kadang-kadang ada juga waris yang prihatin ingin tumpangkan kami sampai ke bus stop.






No comments:

Post a Comment

Kisah Mak.

Ada beberapa pengorbanan mak yang jika aku ingat aku pasti mengalir air mata.  Sejak dari umur 7 tahun aku tinggal diasrama. Ibu mana yan...