Assalamualaikum,
Ok entry kali ni aku pergi temuduga saringan yang pertama di Kolej Keda Sik utk jawatan yang tertera diatas tu lah.
Semua dah maklum kan yang kerajaan sekarang kalau nak ambil bekerja calon mestilah melalui dua kali ujian. Kalau lepas yang pertama maka akan dipanggil lah untuk temuduga yang kedua.
Aku hanya lepas temuduga pertama sahaja, selalunya orang panggil yang ini sebagai ujian fizikal.
Memandangkan nama dia ujian fizikal, ditambah pula kami diminta untuk berpakaian sukan, means that Kasut Sukan, T-Shirt and Seluar Track lah. Makanya aku pon tak study apa lah. Aku hanya pastikan yang badan aku sihat dan ada stamina untuk beraksi. huhu
Lepas jer pendaftaran, kami diarah masuk ke dewan. Semua berkumpul disitu. Kami berbaris mengikut jawatan. Seingat aku waktu tu ada jawatan gred N19, W19, W29, N41, dan lain-lain yang aku tak pasti jawatan apa.
Dalam dewan kami diberitahu yang kami akan menjawab ujian PSIKOMETRIK. Aku okey jer since dah pernah buat ujian tu. Ujian tu akan menilai kita ni jenis orang yang macam mana. Memandangkan tempat untuk ujian tu sangat terhad, jadi kami masuk menjawab ujian tu mengikut gred. Kiranya bergilir-gilir lah. N19 dan W19 yang paling last buat ujian tu. Oleh sebab itu, kami banyak lah masa rehat-rehat or lepak-lepak dalam dewan tu. Tapi, urusetia tak biarkan kami duduk menunggu saja, dia wujudkan aktiviti. Katanya kami dah dinilai dari situ. Hmmm entahlah nak percaya ke tak kan...tapi.. boleh jadi juga. Apa aktivitinya?
Urusetia suruh kami 'warm-up' sebab kejap lagi kami kena berlari untuk uji fizikal kami. Urusetia suruh dua orang volunteer utk lead sesi 'warm up' kami. Seorang wakil lelaki, seorang wakil perempuan. Tak sampai pon 5 minit, sudah ada yang volunteer. Si lelaki tu aku kenal sebab kami kerja tempat sekali cumanya jabatan lain-lain.
Selesai sesi panaskan badan. Then, ada task seterusnya pula .....
Seterusnya, urusetia mencari volunteer untuk mendeklamasikan sebuah puisi. Macam biasa, seorang wakil dari lelaki dan seorang wakil dari perempuan. Tetapi.............tiada sorang pon lelaki yang volunteer, makanya kedua-duanya lah perempuan.
Habis sajak baru kami dapat naik atas dewan utk jawab ujian psikometrik.