Wednesday, 14 February 2018

Adakah Aku Bersalah?

Ok, tu tajuk cerekarama sabtu minggu lepas.


sebenarnya aku pon mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan cerita tersebut. Mengikut perkiraan aku 50% hampir sama. Yang bezanya ayah aku tak lah sekaya Encik Hamzah dalam cerita tu dan juga tidaklah sampai ke tahap pelacur.



apa yang sama ? Ayah aku mulai mengahwini ibu muda a.k.a ibu tiri ketika umur aku 8 tahun dan adik aku lebih kurang 4 tahun. Ayah aku pernah menuduh ibu aku yang mengajar anak-anak menjadi kurang ajar. Ayah aku juga membela ibu tiri dengan memarahi kami jika kami ada perselisihan faham dengan ibu tiri aku. Begitu juga anak2 barunya, mereka dibela ayahku. kebanyakkan cerita datang dari mulut kakak-kakak aku kerana aku banyak tinggal di asrama. Aku tinggal di asrama sejak dari 7 tahun.  Pernah suatu ketika ayah memarahi kakak aku kerana kakak aku ada menegur tentang perilaku adik tiri ku.

Aku sebenarnya seorang yang pendendam, aku tahu perasaan itu salah tapi apakan daya. Hubungan aku dengan ayah tidak ubah seperti orang luar walaupun ayah aku tetap menanggung perbelanjaan kami (kadang-kadang). Namun, aku tidak lupa utk mendoakan kesejahteraan ayah. Ayah aku tidak selalu mendapat sakit, Alhamdulillah aku gembira untuk itu tetapi aku tidak tahu perasaan apa yang hadir ketika mak aku memberitahu ayah sakit, seperti demam dan ayah jugak pernah kena gigit ular then warded for a few days. Aku macam tak dak perasaan tapi aku cuba juga meletak sikit rasa sedih, aku paksa sebenarnya kerana aku risau aku menjadi anak derhaka kelak. 

In shaa Allah jika aku mempunyai lebih masa, akan aku coretkan kisah-kisah sejarah kelabu aku disini. Perjalanan hidup aku yang mencabar dan complicated. 





Tuesday, 6 February 2018

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19

Salam, Ok, tajuk macam tu sebab senang orang search nanti terus jumpa. Aku nak share pengalaman aku sebelum dan semasa attending an interview for that position. Actually, jawatan ni jawatan baru means baru sahaja ditubuhkan oleh PERKESO atas sebab PERKESO nak tubuhkan sistem baru iaitu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) . *boleh lah cuba baca dekat perkeso punya portal ok. ni link dia SIP perkeso.

Sebelum temuduga, aku dapat surat jemputan melalui e-mel dan Ujian psikologi. Ujian Psikologi tu perlu dijawab dan diemelkan semula kepada PERKESO. Ujian tu ada la dalam 160 soalan dok tanya pasal diri kita. Jawab YA atau TIDAK sahaja. Ada la aku dapat tips daripada kakak tempat kerja sekarang aku ni pasai ujian tu. Kalau nak jawab ujian ni kita kena jujur (ramai dah kot tau tips ni) . Pasai apa kena jujur? sebab soalan ni berulang sahaja cuma situasi or ayat yang berbeza depa bagi dekat kita. Kalau tak jujur, sah-sah la jawapan kita akan berbeza nanti dengan soalan yang sama. Atas jawab YA, bawah jawab TIDAK. Kantoi sudahh kita ni jenis kuat tipu. Macam aku, aku bukan jenis leadership punya olang, so aku tanda jer la tidak untuk mana-mana soalan yang nampak ala-ala ingin menjadi ketua gitu as long as kita tak tipu selamat dunia akhirat. Ni pendapat aku, awak-awak punya tak tau lah macam mana pendapat tentang ujian ni. okay, now I nak bagi contoh soalan dia : 


11. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin

21. Suka berucap apabila berada di dalam kumpulan yang besar
39. di larang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan
43. lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut
52. Suka menerima pimpinan orang lain
59. Suka membuat keputusan untuk kumpulan

Kan related kan? tulah contoh-contoh soalah sebenar. Cuba bayangkan soalan 11 anda jawab YA tetapi soalan 59 jawab TIDAK. Apa cerita saudara, nk nampak macam jadi ketua ke tak sebenarnya ni.  Done!


Bila tiba di sana, first kena jawab esei, yang ni kami masuk 10 orang sekaligus dalam 1 bilik. Soalannya berbunyi lebih kurang mcm ni la, (in english) 


        "Apakah peranan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan." 


 Soalan ada banyak set, so soalan pon tak sama dengan orang lain. Masa yang diberi 15 minit. Boleh jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Memandangkan soalan dalam Bahasa Inggeris, jadi aku pon jawab bahasa orang putih lah. 15 minit dah cukup. 


Sekarang tiba masanya sesi temuduga. Sesi menemuduga dah sampai ke kemuncaknya setelah 2 minggu dijalankan. Mungkin momentum tu dah turun kan, jadi kami dipanggil masuk seramai 22 orang sekaligus. Dalam bilik meeting. Aku try cari gambar layout bilik meeting tu tapi tak dapat pulak. Bilik meeting tu ada 2 baris meja panjang yang mana attached with Microphone menghadap 3 panel. Bukan yang bentuk U or bulat ye. tak pa tak penting yang tu. 


First tu, aku ingat kena bercakap pakai Mic tu, rupa-rupanya tak pon. Kena guna kelantangan suara yang original. Hanya dua soalan sahaja yang diajukan. Ulang suara, dua soalan sahaja.  


Soalan pertama, Introduce yourself and why you are the most suitable for this position?Untuk soalan ni kami kena jawab dalam B.I. Marketing yourself gitu. Yang ni kami round table meaning that first come first serve lah. Macam-macam lah jawapan ada, mostly bagitahu currently status you apa, graduate from where, and strengths. Ada jugak yang bagitahu pasai weakness mereka. Its up to you nak bagitahu apa kan.  


Soalan kedua, PERKESO menyediakan banyak faedah, beritahu faedah tersebut dan kamu rasa cukup ke tak. Yang ni boleh jawab dalam bahasa MelayuUntuk kali ni tak round table lagi dah, siapa cepat dia dapat.


Aku redho apa-apa pon keputusan, jika aku tak dapat tu aku anggap aku tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 lah kan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui sedangkan pengetahuanku terbatas. :)

Aku redho apa-apa pon keputusan, jika aku tak dapat tu aku anggap aku tak mampu nak galas tanggungjawab sebagai Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Gred 19 lah kan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui sedangkan pengetahuanku terbatas. :)

x

Kisah Mak.

Ada beberapa pengorbanan mak yang jika aku ingat aku pasti mengalir air mata.  Sejak dari umur 7 tahun aku tinggal diasrama. Ibu mana yan...