sebenarnya aku pon mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan cerita tersebut. Mengikut perkiraan aku 50% hampir sama. Yang bezanya ayah aku tak lah sekaya Encik Hamzah dalam cerita tu dan juga tidaklah sampai ke tahap pelacur.
apa yang sama ? Ayah aku mulai mengahwini ibu muda a.k.a ibu tiri ketika umur aku 8 tahun dan adik aku lebih kurang 4 tahun. Ayah aku pernah menuduh ibu aku yang mengajar anak-anak menjadi kurang ajar. Ayah aku juga membela ibu tiri dengan memarahi kami jika kami ada perselisihan faham dengan ibu tiri aku. Begitu juga anak2 barunya, mereka dibela ayahku. kebanyakkan cerita datang dari mulut kakak-kakak aku kerana aku banyak tinggal di asrama. Aku tinggal di asrama sejak dari 7 tahun. Pernah suatu ketika ayah memarahi kakak aku kerana kakak aku ada menegur tentang perilaku adik tiri ku.
Aku sebenarnya seorang yang pendendam, aku tahu perasaan itu salah tapi apakan daya. Hubungan aku dengan ayah tidak ubah seperti orang luar walaupun ayah aku tetap menanggung perbelanjaan kami (kadang-kadang). Namun, aku tidak lupa utk mendoakan kesejahteraan ayah. Ayah aku tidak selalu mendapat sakit, Alhamdulillah aku gembira untuk itu tetapi aku tidak tahu perasaan apa yang hadir ketika mak aku memberitahu ayah sakit, seperti demam dan ayah jugak pernah kena gigit ular then warded for a few days. Aku macam tak dak perasaan tapi aku cuba juga meletak sikit rasa sedih, aku paksa sebenarnya kerana aku risau aku menjadi anak derhaka kelak.
In shaa Allah jika aku mempunyai lebih masa, akan aku coretkan kisah-kisah sejarah kelabu aku disini. Perjalanan hidup aku yang mencabar dan complicated.
No comments:
Post a Comment